Speak English! menawarkan pelbagai bahan dan alat untuk menolong anda mempelajari Bahasa Inggeris. Belajar beberapa ungkapan asas atau perluaskan perbendaharaan kata anda — banyak lagi ciri menarik yang akan datang!
Frasa
Ungkapan Bahasa Inggeris yang diasingkan mengikut tajuk-tajuk harian yang berguna.
Kosa kata
Kosa kata Bahasa Inggeris diasingkan mengikut tajuk-tajuk harian yang berguna.
Kedai
Kursus dan perisian pembelajaran bahasa yang boleh dibeli secara dalam talian.
Hubungi kami
Maklumat perhubungan penuh, soalan-soalan lazim, dan penghargaan penulis bahan-bahan laman ini.
Mengenai Bahasa Inggeris
Lebih daripada 350 juta orang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ibunda, termasuk 55 juta di United Kingdom dan lebih daripada 200 juta di Amerika Syarikat. Ia merupakan bahasa rasmi bagi lebih daripada 50 negara di merata dunia.
Lebih daripada satu billion orang di merata dunia boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris, termasuk mereka yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.
Bahasa Inggeris adalah bahasa yang agak mudah untuk dipelajari. Dengan sedikit latihan, anda boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dalam pelbagai situasi harian.
Jadi, mengapakah anda harus belajar Bahasa Inggeris?
Bahasa antarabangsa
Mempelajari Bahasa Inggeris akan membenarkan anda untuk berkomunikasi dengan ramai orang dari serata dunia.
Perbaiki peluang pekerjaan anda
Dalam dunia yang semakin bersambung, pengetahuan Bahasa Inggeris yang baik merupakan kelebihan yang besar bagi pelbagai jenis pekerjaan. Bahasa Inggeris ialah bahasa yang digunakan secara paling luas dalam dunia perniagaan antarabangsa.
Melancong
Pelancongan anda ke negara yang berbahasa Inggeris akan lebih bermakna jika anda boleh bertutur sedikit dalam Bahasa Inggeris. Walaupun di negara-negara di mana Bahasa Inggeris bukanlah bahasa utama, ia masih berguna apabila melancong di negara-negara ini.
Mengenai laman ini
Matlamat Speak English! adalah untuk menyediakan sumber alat pembelajaran bermutu tinggi untuk mereka yang ingin belajar bertutur dalam Bahasa Inggeris.
Ia sebahagian daripada rangkaian laman web Speak Languages!.
Anda boleh menggunakan laman web ini secara percuma. Kami sedang menambahkan sumber audio, dan tidak lama lagi pengguna laman ini boleh mendengar semua ungkapan dan kosa kata yang disebut oleh penutur asli Bahasa Inggeris dengan bayaran langganan yang kecil.
Perkataan dan ungkapan dalam laman web ini adalah dalam Bahasa Inggeris Britain. Walau bagaimanapun, ungkapan-ungkapan ini akan membolehkan kamu bertutur dengan orang lain dari negara-negara lain yang berbahasa Inggeris.
Jika anda ada apa-apa komen atau cadangan, atau ternampak apa-apa kesalahan, sila hubungi kami — kami menghargai maklum balas anda.
Jambatan Westminster dan Bangunan Parlimen
Laman web Speak Languages! yang lain
Speak Spanish!
www.speakspanish.co.uk
Speak French!
www.speakfrench.co.uk
Speak Italian!
www.speakitalian.co.uk
Speak German!
www.speakgerman.co.uk
Speak Russian!
www.speakrussian.co.uk
