Menulis surat dan e-mel

Berikut adalah beberapa ungkapan lazim yang berguna apabila menulis surat dan e-mel dalam Bahasa Inggeris.

Writing an informal letter
Menulis surat tidak rasmi

Mulakan surat anda dengan perkataan Dear diikuti dengan nama peribadi penerima surat tersebut, misalnya:

Dear Mark, Dear Mark
Dear Jane, Dear Jane

Berikut adalah beberapa ungkapan lazim:

Thanks for your … Terima kasih atas … kamu
letter surat
postcard poskad
present hadiah
invitation jemputan
Sorry it's taken me so long to write. Maaf atas kelewatan surat saya.
I hope you're well. Harap kamu sihat walafiat.
Good to see you again last week. Saya gembira dapat berjumpa dengan kamu minggu lepas.
Look forward to seeing you soon! Saya tidak sabar-sabar untuk berjumpa dengan kamu tidak lama lagi!

Berikut adalah beberapa cara yang lazim untuk mengakhiri surat yang tidak rasmi:

Best wishes, Salam sejahtera
Kind regards, Salam sejahtera

Jika menulis surat kepada ahli keluarga, teman hidup atau kawan karib, anda boleh mengakhiri surat dengan ungkapan berikut:

Love, (Sayang)

Akhirkan surat tidak rasmi dengan menandatangani nama peribadi anda.

Writing an email
Menulis e-mel

Tidak kira untuk tujuan perniagaan atau di antara kawan-kawan, e-mel biasanya ditulis secara kurang rasmi berbanding dengan surat biasa.

Anda harus memberi tajuk kepada e-mel anda yang meringkaskan isi e-mel anda dengan beberapa patah perkataan.

Ada beberapa cara lazim untuk permulaan e-mel urusan perniagaan, tetapi biasanya nama peribadi penerima boleh digunakan untuk e-mel urusan perniagaan serta e-mel peribadi, jika anda kenal penerimanya.

Tidak wajib untuk menggunakan perkataan Dear, tetapi ada orang yang lebih gemar menggunakannya.

Secara amnya, isi e-mel urusan perniagaan harus ringkas lagi padat.

Jika anda ingin menyertakan lampiran, jangan lupa merujuk kepada lampiran itu dalam isi e-mel anda.

Untuk mengakhiri e-mel peribadi, anda boleh menggunakan ungkapan yang sama seperti dalam surat tidak rasmi.

Ada beberapa cara lazim untuk permulaan e-mel urusan perniagaan. Ungkapan-ungkapan berikut sesuai untuk digunakan:

Regards, Salam sejahtera,
Kind regards, Salam sejahtera,
Best regards, Salam sejahtera,
With kind regards, Salam sejahtera,

Apabila menulis e-mel urusan perniagaan, anda juga patut menyertakan nama penuh, nama syarikat, alamat dan nombor telefon di penghujung e-mel.

sound

Audio tersedia ada untuk semua frasa pada halaman ini — sila klik pada mana-mana frasa untuk mendengarnya.

Writing a formal letter
Menulis surat rasmi

Jika anda tahu nama penerima surat rasmi tersebut, mulakan surat anda dengan Dear Mr (untuk lelaki), Dear Mrs (untuk wanita yang sudah berkahwin), Dear Miss (untuk wanita yang belum berkahwin), atau Dear Ms (untuk wanita di mana anda tidak pasti tentang taraf perkahwinannya), diikuti dengan nama keluarganya, misalnya:

Dear Mr Smith, Dear Mr Smith,
Dear Mrs Jones, Dear Mrs Jones,
Dear Miss Richards, Dear Miss Richards,
Dear Ms Shepherd, Dear Ms Shepherd,

Jika anda tidak tahu nama penerima surat tersebut, mulakan surat anda dengan salah satu daripada ungkapan berikut:

Dear Sir, Tuan,
Dear Madam, Puan,
Dear Sir or Madam, Tuan/Puan,

Berikut adalah beberapa contoh ungkapan yang mungkin digunakan dalam surat rasmi:

I am writing in reply to your letter of 4 September regarding your outstanding invoice. Surat ini adalah untuk membalas surat anda yang bertarikh 4 September yang merujuk kepada invois anda yang terlampau tempoh.
Further to our conversation, I'm pleased to confirm our appointment for 9.30am on Tuesday, 7 January. Lanjutan daripada perbualan kami, saya dengan sukacitanya ingin mengesahkan temujanji kami untuk hari Selasa, 7 Januari pada pukul 9:30 pagi.
I would be grateful if you could attend to this matter as soon as possible. Kerjasama dari pihak tuan/puan amat dihargai.
If you would like any further information, please don't hesitate to contact me. Jika anda memerlukan maklumat yang lanjut, sila hubungi saya.

Jika anda memerlukan balasan, anda boleh menggunakan ayat ini di penghujung surat anda.

I look forward to hearing from you. Saya berharap untuk menerima balasan anda.

Jika anda memulakan surat anda dengan Dear Mr, Dear Mrs, Dear Miss, atau Dear Ms, anda harus mengakhiri surat anda dengan ungkapan berikut:

Yours sincerely, Yang benar

Jika anda memulakan surat anda dengan Dear Sir, Dear Madam, atau Dear Sir or Madam, gunakan ungkapan berikut untuk mengakhiri surat anda:

Yours faithfully, Yang benar

Tambahkan tandatangan anda di penghujung surat, diikuti dengan nama penuh anda.